Persoalan ini, memang memeningkan kepala Aku.
Layakkah Aku menjadi pemberi nasihat kepada semua orang di sisi Aku?
Aku rasa diri ini memang langsung tidak layak untuk memberi sebarang nasihat kepada orang lain sedangkan diri ini masih mengalami pelbagai masalah. Kalau Aku selesai memberi nasihat, Aku akan terfikir kembali bahawa Aku juga mempunyai masalah. Jadi apa nasihat yang perlu diberikan kepada Aku?
Kekadang, terasa beban sangat untuk mendengar kerenah kawan-kawan. Kekadang berasa sangat bersyukur bahawa diri ini tidak ditimpa perkara yang sama dengan kawan-kawan yang mengalami masalah. Kekadang Aku boleh mendengar kerenah masing-masing dengan dengan hati dan telinga yang ikhlas menerima segalanya. Akibatnya, aku berusaha untuk mencari penyelesaian untuk diberikan kepada kawan-kawan yang mengalami masalah. Ada yang diterima. Tapi ada yang tidak.
Masalah yang timbul pada Aku adalah Aku tidak dapat meluahkan segala masalah Aku kepada kawan-kawan Aku. Kadang-kadang Aku akan berasa segan sekiranya Aku terpaksa melontarkan masalah Aku terhadap Kawan-kawan. Aku dianggap sebagai orang yang lemah dan tidak berguna kerana terpaksa memberitahu kawan-kawan mengenai masalah sendiri. Sekiranya disimpan di hati sahaja, banayk yang akan menjadi mangsa gara-gara bad mood aku ini...
Kebuntuan... HELP!!!
No comments:
Post a Comment