Thursday, September 2, 2010

My Feeling During This Few Days

Perasaan? Banyak... Antaranya...
Geram, sedih, gembira, dan macam-macam lagi. Mungkin orang lain akan kata yang Aku ini adalah kategori orang gila. Tapi, Aku rasa, Aku masih dalam keadaan normal dan boleh kawal diri lagi selepas suatu masalah diselesaikan. Jikalau tidak, sudah tentu banyak orang yang akan jadi mangsa hamburan kata-kata yang sedap didengar dari mulut Aku yang dikatakan jahat oleh segelintir kawan. Tapi, apakah daya kalau banyak masalah yang timbul sehinggakan menyebabkan Aku tidak dapat mengawal perasaan. Malah, sudah tentu ada kawan yang berasa kurang selesa dengan perangai buruk Aku ini. Seperti yang dikatakan, kalau Aku marah, semua benda yang tak sepatutnya terus keluar dari mulut Aku tanpa berfikir sama ada perkara yang dikatakan adalah sesuai atau tidak.

Kepada kekawan yang Aku terpaksa marah, Aku minta maaf sangat-sangat. Disebabkan perbuatan kamu semua yang bagi pandangan Aku adalah salah. Jadi, tanpa mengawal sebarang kerasionalan di dalam otak ini, banyak perkara yang aku mengomel pada orang lain tanpa diketahui oleh kamu semua. Tapi, kalau disimpankan dalam hati, sudah tentu satu hari nanti akan meletup juga. Betul? Sama ada kamu semua boleh terima atau tidak, itulah Aku.

No comments:

Post a Comment